Pelajar Jordan digugurkan dari projek global selepas tolak Israel - Utusan Malaysia

Pelajar Jordan digugurkan dari projek global selepas tolak Israel

LINA AL-HOURANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN: Seorang pelajar jurusan seni bina di University of Jordan digugurkan daripada projek global yang dikelola oleh American John Hopkins University selepas dia menolak Israel sebagai rakan sepasukan Jordan mewakili Asia Barat.

Lapor Quds News Network, Lina Al-Hourani berkata menerusi akaun Facebook mengenai projek itu adalah tentang cadangan penyelesaian ekonomi, alam sekitar dan bandar di dunia selepas Covid-19 berakhir.

Katanya, sebanyak 631 bandar dari 99 negara terpilih bagi projek itu selepas mengemukakan idea penyelesaian pintar bagi pemulihan bandar.

Daripada jumlah itu, jelasnya, hanya 50 idea yang layak termasuk peserta dari Jordan dan Tel Aviv bagi merebut 15 tempat teratas dan setiap daripada mereka bakal memenangi AS$1 juta (RM4.15 juta) untuk melaksanakan visi mereka dalam tempoh tiga tahun.

“Saya hanya mengetahui semua ini dalam pertemuan rasmi pertama antara wakil perbandaran dan pelajar, ketika mereka menunjukkan promosi rasmi projek kepada kami.

“Saya membantah penyertaan Jordan dengan Israel bagi mewakili Asia Barat,” tegasnya.

Lina dan para pelajar lain menegaskan pendirian mereka untuk tidak berada dalam pasukan sama dengan sebuah ‘negara’ penjajah.

“Saya menolak cadangan itu kerana seolah-oleh memberi pengiktirafan kepada kewujudan sebuah negara haram yang menindas rakyat lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN