Pamer 'kasih sayang' muslihat lelaki cabul anak tiri usia 12 tahun - Utusan Malaysia

Pamer ‘kasih sayang’ muslihat lelaki cabul anak tiri usia 12 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki yang berulang kali mencabul anak tirinya yang berusia 12 tahun, walaupun isterinya berada di rumah, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan tiga bulan.

Tempoh penjara tiga bulan itu sebagai ganti kepada hukuman sebatan rotan disebabkan lelaki itu berusia 59 tahun, maka dia tidak boleh dikenakan sebatan rotan.

Identiti lelaki itu juga tidak boleh didedahkan atas arahan mahkamah.

Berita Mediacorp melaporkan, dia mengaku bersalah atas tiga tuduhan mencabul individu bawah umur, dengan dua lagi tuduhan dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu lelaki itu bekerja sebagai seorang pekerja penghantaran dan berkahwin dengan ibu mangsa pada Februari 2019 – setahun selepas kematian bapa mangsa.

Ibu mangsa seringkali keluar bekerja dan lelaki itu menjaga keperluan harian mangsa. Mangsa memanggil lelaki itu sebagai ‘daddy’.

Kira-kira pukul 10.00 pagi pada 9 Mei 2019, lelaki itu duduk di sofa di ruang tamu bersama anak tirinya yang berusia 12 tahun sementara isterinya memasak di dapur.

Tiba-tiba, lelaki itu menarik mangsa ke arahnya dan mengusap kepala mangsa. Dia kemudian meraba anak tirinya itu pada bahagian luar baju dan bertanya sama ada mangsa memakai baju dalam.

Apabila mangsa menjawab tidak, lelaki itu memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam baju mangsa dan mencabulnya. Mangsa terkejut tetapi tidak berani bergerak atau bersuara.

Mangsa tidak berupaya menolak bapa tirinya kerana lelaki itu berbadan lebih besar daripada dirinya.

Apabila ibu remaja itu keluar dari dapur, lelaki itu segera menarik keluar tangannya dan sekali lagi mengusap kepala mangsa.

Apabila isteri lelaki itu bertanya apa yang dilakukannya, dia menjawab ‘sedang mempamerkan kasih sayang (kepada mangsa)’.

Apabila isterinya berlalu ke almari di belakang sofa untuk mengambil beberapa helai pakaian, lelaki itu sekali lagi mencabul mangsa.

Dia kemudian menyuruh mangsa mandi dan dia keluar untuk menghantar isterinya ke tempat kerja. Apabila pulang, sekali lagi dia duduk di sebelah mangsa.

Ketika itu, kanak-kanak itu sedang bermain dengan telefon bimbitnya apabila menerima panggilan daripada ibunya dan meminta diberikan telefon tersebut kepada lelaki itu.

Sedang lelaki itu bercakap dengan isterinya, dia meneruskan perbuatan mencabul mangsa dengan memasukkan tangan ke dalam baju mangsa lalu menggenggam bahagian dada mangsa, sebelum menyelitkan tangannya ke dalam seluar mangsa dan terus mencabulnya.

Selesai bercakap di telefon, lelaki itu menyuruh mangsa mengikutinya dan baring di atas katil dan menyerahkan kembali telefon kepada mangsa.

Dia kemudian mencabul dan mencium mangsa sebelum menanggalkan pakaian mangsa dan melakukan perbuatan seks ke atasnya.

Mangsa tidak berani memberitahu ibunya tentang apa yang berlaku kerana takut pasangan itu bergaduh dan dia enggan merosakkan hubungan ibu dan bapa tirinya.

Sebaik pulang dari sekolah, remaja itu memberitahu rakan-rakannya tentang apa yang berlaku dan mereka menggalakkan mangsa agar memberitahu kepada seorang guru.

Mangsa akhirnya mendapat keberanian dan memaklumkan kepada kaunselor di sekolah dan perkara itu disampaikan kepada Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.

Mangsa dibawa ke balai polis untuk membuat aduan. Satu laporan psikiatri oleh Institut Kesihatan Mental (IMH) menyatakan bahawa mangsa kadangkala memikirkan tentang apa yang berlaku dan berasa ‘jengkel’. Mangsa juga kadangkala termimpi-mimpi tentang bapa tirinya.

Hakim membenarkan lelaki itu menangguhkan tempoh penjaranya bermula pada November.

Bagi setiap kesalahan mencabul seorang individu bawah umur, lelaki itu boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda. Dia tidak boleh dikenakan sebatan rotan disebabkan usianya yang melebihi 50 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN