NTT wilayah paling kering di Indonesia - Utusan Malaysia

NTT wilayah paling kering di Indonesia

KAWASAN sawah padi yang kering susulan musim kemarau berpanjangan di Kupang, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUPANG: Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik Indonesia (BMKG) mengeluarkan data sejumlah wilayah di Indonesia yang mengalami hari tanpa hujan dalam tempoh panjang.

Nusa Tenggara Timur (NTT) menjadi wilayah paling banyak lokasi dilanda kemarau iaitu sebanyak 22 kawasan.

Bandar Kupang pula menjadi kawasan paling lama tidak ditimpa hujan iaitu selama 138 hari, diikuti oleh Mapoli dan kota Raja (137 hari).

Maklumat itu disampaikan oleh Ketua Stesen Iklim Kupang, Rahmatulloh Adji kepada Kompas.com.

Berdasarkan kiraan peluang hujan lebat di wilayah NTT amat rendah iaitu kurang dari 20 milimeter.

Sehubungan itu, pihak berkuasa mencadangkan kepada penduduk di kawasan yang tidak ditimpa hujan supaya menjalankan pertanian tanaman yang tidak menggunakan air banyak.

Selain itu, masyarakat juga dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran hutan serta kawasan semak untuk memulakan pertanian.

“Langkah paling penting, gunakan bekalan air yang ada dengan cara paling bijak kerana musim kemarau dijangka berterusan jika hujan masih tidak turun,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya