‘Manusia perak’ mengemis kehidupan - Utusan Malaysia

‘Manusia perak’ mengemis kehidupan

SEBAHAGIAN penduduk bertukar menjadi ‘manusia perak’ dan beraksi di khalayak ramai bagi meraih simpati demi kelangsungan hidup. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Fenomena mencari wang di jalanan dengan berlakon sebagai ‘manusia perak’ kembali menjadi tumpuan ramai.

CNN Indonesia melaporkan, ini susulan seorang pegawai polis yang sudah bersara melumuri badannya dengan cat berwarna perak dengan tujuan ‘beraksi di khalayak ramai’ bagi meraih simpati daripada masyarakat.

Bertambah menyayat hati, bayi berusia 10 bulan turut dijadikan ‘manusia perak’ untuk tujuan sama, demi kelangsungan hidup.

Pegawai polis yang bersara itu, Agus Dartono dari Semarang, Jawa Tengah mengakui dia amat memerlukan wang tambahan untuk memenuhi keperluan hidup.

Agus ditahan Unit Polis Perbandaran dan video penahanan tersebut tular dalam media sosial.

Jelas Agus, dia menjadi ‘manusia perak’ kerana melihat orang lain melakukannya dan mudah untuk mendapatkan wang dengan meraih simpati orang ramai yang mungkin terhibur dengan aksi mereka.

Pada mulanya Unit Polis Perbandaran Semarang melakukan serbuan di beberapa jalan di kota Semarang dan sebahagian ‘manusia perak’ juga menjadi sasaran. Ketika itu Agus juga ditangkap.

Ketika disoal siasat, Agus mengaku dia adalah pesara polis dan dibebaskan.

Setelah itu, Polis Daerah Semarang pergi ke kediaman Agus untuk meminta penjelasan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Semarang, Dwi Perbawa Nugraha mengesahkan Agus adalah pesara polis dan melakukan itu untuk memenuhi keperluan ekonominya.

Menurutnya, polis akan memberi pekerjaan baharu kepada Agus supaya dia tidak perlu lagi mengemis di jalanan.

SEORANG bayi dijadikan ‘manusia perak’ oleh penduduk di Kota Tangerang. – AGENSI

Dalam pada itu, Unit Polis Perbandaran Kota Tangerang Selatan pula menemukan seorang bayi berusia 10 bulan yang dilumur badannya dengan cat berwarna perak, untuk ‘diajak’ mengemis di sekitar stesen mi­nyak Parakan.

Ketua Bahagian Siasatan Unit Polis Perbandaran Tangerang Selatan, Muksin Al Fachry berkata, ibu kandung bayi itu yang berusia 21 tahun juga menjadi ‘manusia perak’.

Selama ini, wanita itu meninggalkan anaknya kepada jiran yang turut menjadi ‘manusia perak’.

Namun wanita itu tidak me­nyangka dua jirannya telah membawa anaknya mengemis dan dijadikan ‘manusia perak’.

“Dia diberi 20,000 rupiah sebagai wang saku,” jelas Muksin.

Bayi dan ibu tersebut kini ditempatkan di Pusat Pemulihan Anak, Kementerian Sosial di Bekasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN