Lelaki dipenjara lima tahun kerana sebar Covid-19 - Utusan Malaysia

Lelaki dipenjara lima tahun kerana sebar Covid-19

PETUGAS kesihatan melakukan ujian saringan Covid-19 terhadap penduduk di Old Quarter di Hanoi pada 11 Ogos lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Seorang lelaki di Vietnam dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan menyebarkan jangkitan Covid-19 selepas melanggar peraturan kuarantin rumah.

Menurut laporan di laman sesawang Mahkamah Rakyat wilayah, Le Van Tri didapati bersalah ‘menyebarkan jangkitan berbahaya kepada orang lain’ selepas mengunjungi kampung halamannya di wilayah Ca Mau dari bandar Ho Chi Minh pada Julai lalu.

Lelaki berusia 28 tahun itu dituduh melanggar peraturan kuarantin rumah selama 21 hari di kawasan wilayah selatan yang mempunyai kadar kes lebih rendah berbanding Ho Chi Minh.

Van Tri disahkan positif jangkitan Covid-19 pada 7 Julai lalu.

“Tindakan Van Tri melanggar peraturan kuarantin rumah menyebabkan ramai orang dijangkiti Covid-19.

“Malah, seorang individu meninggal dunia akibat Covid-19 pada 7 Ogos lalu,” jelas laporan itu.

Berdasarkan laporan media tempatan, sebanyak lapan orang dijangkiti Covid-19 disebabkan Van Tri.

Vietnam kini menangani wabak Covid-19 yang paling serius setakat ini dengan hampir 540,000 kes jangkitan dan lebih 13,000 kematian dilaporkan.

Sebelum ini, beberapa individu dijatuhi hukuman atas kesalahan melanggar peraturan Covid-19 dan menyebarkan jangkitan itu kepada orang lain di Vietnam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN