Lelaki bunuh diri, siar secara langsung di TikTok - Utusan Malaysia

Lelaki bunuh diri, siar secara langsung di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang lelaki berusia 29 tahun nekad membunuh diri di kediamannya dan disiarkan secara langsung melalui aplikasi TikTok.

CNN Indonesia melaporkan, kejadian berlaku di rumah susun di daerah Bidara Cina, Jatinegara, Jakarta Timur, semalam.

Jurucakap Polis Jakarta Timur, Markon Samuel berkata, polis bergegas ke kediaman lelaki tersebut selepas mendapat maklumat daripada penduduk setempat.

“Aksi gantung diri ini diketahui dari rakan mangsa yang menonton secara langsung di TikTok. Kita terus bergegas lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Markon berkata, motif bunuh diri itu masih belum diketahui dan polis tidak menemukan apa jua nota berkaitan kejadian tersebut.

Menurutnya, polis telah menyoal siasat beberapa saksi susulan kejadian itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN