Konvoi tentera Myanmar diserang bom tepi jalan - Utusan Malaysia

Konvoi tentera Myanmar diserang bom tepi jalan

KONFLIK di Myanmar tercetus sejak junta tentera menggulingkan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Kumpulan anti-junta Myanmar melancarkan serangan bom terhadap pasukan keselamatan berhampiran Yangon.

Berdasarkan tentera dan laporan media, beberapa orang terbunuh dalam pertempuran berikutnya.

Konflik di Myanmar tercetus sejak junta tentera menggulingkan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu yang memegang tampuk pemerintahan selama lima tahun.

Hampir setiap hari penduduk Myanmar mengadakan tunjuk perasaan di sekitar jalanan menuntut pengembalian semula demokrasi dan menentang tindakan kekerasan pasukan keselamatan.

‘Kumpulan pertahanan rakyat’ ditubuhkan di beberapa bandar di seluruh Myanmar bagi menentang pemerintahan junta, walaupun sebahagian besar pertempuran berlaku di kawasan luar bandar.

Menurut junta tentera dalam kenyataan, ketika kejadian pasukan keselamatan sedang menuju melalui Khayan, pinggir bandar pusat perdagangan Yangon ketika mereka diserang dengan bom buatan sendiri.

“Kedua-dua kumpulan melakukan serangan balas sehingga seorang anggota keselamatan mengalami kecederaan.

“Beberapa orang (terbunuh) dan salah seorang daripada mereka cedera,” jelas kenyataan itu.

Menurut junta tentera, senjata api dan peluru dirampas selepas pertempuran tersebut.

Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan seorang ditahan.

Awal bulan ini, sebuah kerajaan perpaduan nasional yang dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen yang digulingkan menggesa ‘perang mempertahankan rakyat’ dilancarkan serta menyasarkan aset junta tentera. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN