Kerugian: Garuda rancang kurangkan jumlah pesawat - Utusan Malaysia

Kerugian: Garuda rancang kurangkan jumlah pesawat

GARUDA akan mengumumkan beberapa langkah penjimatan bagi mengimbangi kerugian. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Syarikat penerba­ngan nasional Indonesia, Garuda Airlines, dilaporkan merancang untuk mengurangkan jumlah pesawat bersaiz besar selain mengekalkan berpuluh-puluh pesawat bersaiz kecil untuk fokus kepada Citilink.

Citilink merupakan anak syarikat Garuda yang juga pe­nerbangan tambang murah.

Bernama yang memetik Flightglobal.com melaporkan, syarikat analisis data penerbangan, Cirium memberitahu, Garuda bakal mengurangkan hampir 80 pesawat daripada jumlah keseluruhan yang dimiliki atau mengadakan rundi­ngan semula atau membatalkan tempahan untuk lebih 90 pesawat lain.

Menurut sumber, seperti dilaporkan Vietnam News Agency, Garuda dijangka mengumumkan rancangan penyelesaian untuk penstrukturan semula perjanjian sewa pesawat serta hutang lain.

Maklumat itu diumumkan setelah Garuda gagal dalam kes tuntutan dikemukakan dua syarikat penyewaan pesawat, Helice SAS dan Atterrissage SAS di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA).

Mahkamah memerintahkan syarikat penerbangan itu membayar sewa yang belum dijelaskan.

Pada separuh pertama tahun ini, Garuda terus mengalami kerugian AS$902 juta, mening­kat 25 peratus tahun ke tahun kerana sekatan perjalanan yang berpanjangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN