Ibu bapa buat laporan polis badut berkeliaran, 'tawar ganjaran tunai' - Utusan Malaysia

Ibu bapa buat laporan polis badut berkeliaran, ‘tawar ganjaran tunai’

GAMBAR lelaki berpakaian badut di luar pekarangan sekolah rendah yang tular dalam media sosial. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pihak polis menerima beberapa laporan mengenai badut yang mendekati golongan murid di beberapa sekolah rendah di negara ini.

Lapor CNA, penyiasatan masih dijalankan dan polis mengesahkan fakta dengan pihak sekolah ‘sekiranya terdapat dakwaan mereka terlibat dalam insiden itu’.

Laporan itu susulan bertebaran gambar dalam media sosial menunjukkan lelaki berpakaian seperti badut di luar Sekolah Rendah Temasek di Bedok South Avenue 3.

Mesej yang tular mendakwa individu tersebut menawarkan wang tunai kepada kanak-kanak supaya mengikut mereka.

Sekolah Tao Nan yang berdekatan dengan sekolah itu memaklumkan ibu bapa, pihak polis memberi peringatan mengenai individu berpakaian seperti badut ‘dilihat berkeliaran di sekitar sekolah rendah dan meminta pelajar mengikut mereka’.

Sementara itu, Speech Academy Asia membuat permohonan maaf akibat kebimbangan yang timbul mengenai keselamatan golongan kanak-kanak.

Pihaknya menjelaskan, jurujual yang berpakaian badut adalah pekerja mereka, namun menegaskan pihaknya ‘tidak pernah menawarkan sebarang bentuk ganjaran tunai supaya kanak-kanak mengikut mereka’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN