Hilang peluang belajar di sekolah - Utusan Malaysia

Hilang peluang belajar di sekolah

PELAJAR mengikuti pembelajaran PTM di Sekolah Menengah Pertama Negeri 10 di Batam. – TRIBUNNEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Satu kajian menunjukkan terdapat kemungkinan besar pelajar akan hilang peluang belajar di sekolah antara lapan hingga 14 bulan akibat pandemik Covid-19.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi, Nadiem Makarim.

Lapor Tribunnews, menurut Nadiem, ia menunjukkan satu generasi kehilangan hampir setahun pembelajaran ketika pandemik Covid-19.

“Kita harus mengkaji perkara ini secara berterusan dan melihat apa kesannya.

“Perlu teliti kesan kekal atau sementara, namun yang menjadi tumpuan adalah jika pembelajaran jarak jauh (PJJ) berterusan, sejauh mana impak tersebut dan bukan hanya kehilangan pembelajaran sahaja,” katanya.

Jelas beliau, satu lagi masalah besar yang dihadapi merupakan kesan psikologi terhadap kanak-kanak yang tidak melakukan Pembelajaran Tatap Muka (PTM).

Sementara itu, Nadiem mengaku keputusannya untuk membuka atau menutup sekolah terus mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

“Tidak mengapa jika saya dikritik. Saya dipersalahkan kerana menutup sekolah dan kini saya buka sekolah, saya juga disalahkan.

“Ini merupakan perkara biasa. Malah ini juga disebut sebagai pengorbanan,” katanya.

Tambah Nadiem, majoriti penduduk menerusi media sosial mahu PTM yang terhad.

Katanya, perkara itu menjadi garis panduan baginya untuk melaksanakan PTM secara terhad.

“Sebanyak 80 hingga 85 peratus penduduk menginginkan kita kembali pembelajaran secara bersemuka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya