Gatot dakwa komunisme susup masuk TNI - Utusan Malaysia

Gatot dakwa komunisme susup masuk TNI

GATOT Nurmantyo (kanan) dan Hadi Tjahjanto ketika majlis serah terima tugas Pangliman TNI di Jakarta Timur pada 2017. - TEMPO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bekas Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Gatot Nurmantyo mendakwa komunisme telah menyusup masuk ke dalam TNI ekoran ‘kehilangan’ patung Soeharto di Markas Komando Strategis Angkatan Darat (Kostrad).

Gatot mendakwa, sejumlah barang ‘hilang’ dari Muzium Dharma Bakti iaitu berkaitan tindakan keras terhadap komunisme di negara ini, diorama patung Soeharto, Sarwo Edhis dan AH Nasution serta tujuh pahlawan revolusi.

“Saya menerima maklumat itu. Diorama bukan hanya patung Pak Harto, patung Pak Sarwo Edhie dan Pak Nasution tetapi juga tujuh pahlawan revolusi juga sudah tiada lagi di situ,” katanya seperti dilaporkan Detik.

Menurut Gatot, perkara itu membuktikan adanya kemungkinan sudah berkembangnya fahaman komunis di TNI.

Bagaimanapun, dakwaan Gatot itu mendapat reaksi Panglima Kostrad, Dudung Abdurachman yang menganggap tuduhan tersebut merupakan fitnah keji.

Tegasnya, patung-patung itu masih ada di dalam Muzium Dharma Bakti.

“Patung-patung itu diambil oleh pencetusnya iaitu Leftenan Jeneral (Bersara) TNI, AY Nasution yang meminta izin atas alasan peribadi.

“Beliau berasa bersalah kerana membuat patung-patung itu mengikut kepercayaan agamanya. Oleh itu saya tidak dapat menolak permintaan tersebut,” katanya.

Dudung menafikan pengambilan patung tersebut menyimpulkan bahawa TNI telah melupakan peristiwa G-30S-PKI (Gerakan 30 September Pati Komunis Indonesia), satu sejarah kelam buat Indonesia.

“Jeneral (Bersara) TNI Gatot Nurmantyo, sebagai senior kami di TNI, seharusnya mendapatkan penjelasan terlebih dahulu agar tidak menimbulkan prasangka buruk yang membuat fitnah dan menimbulkan pergaduhan sesama umat dan bangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Panglima TNI, Hadi Tjahjanto enggan membahaskan dakwaan tersebut kerana sesuatu kenyataan tidak boleh didasarkan hanya kepada kehadiran patung di suatu tempat.

“Kenyataan beliau (Gatot) itu sebagai nasihat senior kepada perajurit yang masih aktif untuk sentiasa waspada agar lembaran sejarah yang kelam tidak berulang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN