Filem James Bond guna 135.4kg peledak - Utusan Malaysia

Filem James Bond guna 135.4kg peledak

REPLIKA kereta Aston Martin DB5 ketika aksi di Matera, Itali. Lapan replikai kereta itu dibina khas untuk babak tersebut. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Filem terbaharu No Time To Die yang merupakan lakonan terakhir aktor terkenal, Daniel Craig dilaporkan penuh dengan babak aksi dan detik mendebarkan.

Lapor Daily Mail, babak pertama membabitkan adegan kejar-mengejar kereta yang penuh dramatik di Matera, Itali yang mana lapan replika kereta Aston Martin DB5 dibina khas untuk penggambarannya.

Dua daripada kenderaan itu dilengkapi senapang mesin manakala dua lagi dikendalikan pemandu aksi ketika pelakon ber­ada di dalam kereta.

“Amat menakjubkan untuk memaparkan model DB5 lagi dalam siri filem ini.

“Ia dikembalikan ke Bond dalam siri Spectre dan kini dalam keadaan sempurna dengan beberapa bahagian ditambah baik,” kata Craig.

Di sebalik semua kecede­raan dialaminya dalam lima siri filem James Bond, Craig masih gemar melakukan aksi sebanyak mungkin.

Sejumlah 135.4 kilogram (kg) bahan peledak digunakan dalam adegan letupan yang mana para pembuat filem berharap dapat disenaraikan dalam Rekod Dunia Guinness.

Sementara itu, lapor The Sun, Craig menegaskan tiada apa yang akan memujuknya untuk memainkan lagi watak James Bond selepas ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN