JAKARTA: Direktorat Penyiasatan Dadah Polis Jawa Tengah (Polda Jateng) mendedahkan modus operandi melibatkan kiriman barang berupa dadah jenis methamphetamine seberat 342 gram dari Malaysia ke Madura.
Pengarahnya, Lutfi Martadian berkata, dadah itu dikirim oleh seorang wanita bergelar ibu kepada dua anaknya di Sumenep, Jawa Timur.
Jelasnya, barang itu dikirim menggunakan perkhidmatan pengiriman barang melalui Pelabuhan Semarang.
Katanya, penyeludupan dadah itu terbongkar hasil kerjasama pihak polis dengan Jabatan Kastam Semarang Tanjung Emas.
“Dadah itu dikirim kepada anak lelaki dan perempuan wanita itu yang dikenali sebagai MY, 26, dan ASH, 18.
“Lelaki itu disyaki sebagai individu yang menempah dan mengarahkan dadah itu diambil di sini,” katanya.
Sementara itu, pihak polis berjaya memberkas pengedar dadah methamphetamine yang berniat menjual dadah tersebut kepada isteri dan anaknya di bandar Semarang.
Polis Indonesia berjaya menumpaskan tiga percubaan penyeludupan dadah dari Malaysia sepanjang tahun ini.