Bunuh bayi: Ibu kandung, teman lelaki direman tujuh hari

Bunuh bayi: Ibu kandung, teman lelaki direman tujuh hari

SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka bagi permohonan reman. – UTUSAN/ARIF AIMAN ASROL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang ibu dan teman lelakinya direman tujuh hari bagi membantu siasatan membunuh bayi perempuannya berusia 15 bulan dalam kejadian di Bandar Satelit, Pulau Sebang di sini, semalam.

Perintah reman sehingga 13 Julai ini dikeluarkan Majistret Dr. Teoh Shu Yee terhadap suspek lelaki dan wanita masing-masing berusia 20 dan 24 tahun.

Permohonan reman dilakukan bagi membolehkan polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, bayi perempuan berusia 15 bulan maut dipercayai didera oleh ibu kandung dan teman lelakinya di sebuah premis kedai di Bandar Satelit, semalam.

Mangsa mengalami kecede­raan serius termasuk pada bahagian dubur, selain kesan lebam di perut dan belakang badan dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tampin, Negeri Sembilan.

Menurut sumber, kejadian terbongkar selepas ibu kan­dungnya membawa mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri ke hospital pada pukul 11 malam.

“Doktor yang menjalankan pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan mencurigakan dan bayi itu disahkan meninggal dunia kira-kira 30 minit kemudian sebelum laporan polis dibuat,” katanya.

Difahamkan, wanita berusia 24 tahun itu membawa mangsa dari Kampung Anak Air Durian Daun, Tampin ke tempat kerja teman lelakinya di Bandar Satelit pada pukul 6.30 petang.

“Wanita itu dikatakan keluar sebentar untuk membungkus makanan dan meninggalkan anaknya bersama lelaki berusia 20 tahun itu.

“Apabila pulang, dia diberi­tahu mangsa sedang tidur. Namun ketika cuba mengejutkan anaknya pada pukul 10.30 malam, bayi itu tidak sedarkan diri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN