Covid-19: Petugas kesihatan Filipina adakan tunjuk perasaan - Utusan Malaysia

Covid-19: Petugas kesihatan Filipina adakan tunjuk perasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Sebahagian besar pekerja kesihatan mengadakan tunjuk perasaan di ibu negara Filipina bagi menuntut kerajaan melunaskan bayaran imbuhan.

Protes itu berlaku ketika tekanan semakin meningkat di kebanyakan hospital yang berusaha menangani lonjakan kes Covid-19 di negara itu.

Lapor Al Jazeera, rata-rata penunjuk perasaan yang berhimpun di sekitar pejabat Jabatan Kesihatan memakai pakaian pelindung diri (PPE) sambil memegang plakad menuntut bayaran elaun risiko dan gaji.

Penunjuk perasaan juga mendesak Menteri Kesihatan, Francisco Duque meletak jawatan dengan segera.

Dilaporkan, seramai 103 kakitangan perubatan terkorban akibat Covid-19 di Filipina.

“Amat menyedihkan ramai dalam petugas kesihatan sudah meninggal dunia dan ada yang jatuh sakit.

“Ramai juga yang meletak jawatan atau memilih untuk bersara awal. Namun, kami masih merayu kerajaan untuk membayar elaun kita,” kata Presiden Alliance of Health Workers, Robert Mendoza.

Sebelum ini, Presiden Rodrigo Duterte memerintahkan kementerian belanjawan dan kesihatan menguruskan pembayaran petugas kesihatan yang belum menerima sebarang faedah.

Beliau memberi tempoh 10 hari bermula 21 Ogos lalu untuk melakukan pembayaran tersebut.

Arahan itu berikutan isu ancaman dari jururawat yang mendesak untuk meletakkan jawatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya