China sekat permainan video baharu - Utusan Malaysia

China sekat permainan video baharu

GAMBAR hiasan - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Tiada lagi permainan video akan dilancarkan di China selepas kerajaan bertindak menggantung kelulusan semua permainan video dalam talian untuk selama-lamanya.

Lapor Daily Star, pihak berkuasa China menetapkan peraturan ketat terhadap industri permainan video dengan setiap permainan video baharu harus melalui proses kelulusan untuk mendapatkan lesen.

Kini, permainan video baharu tidak akan dilancarkan di negara itu selama bulan atau tahun.

Menurut South China Morning Post, larangan terhadap permainan video itu didedahkan dalam satu pertemuan antara syarikat Tencent dan pihak berkuasa.

Setakat ini, tiada mana-mana syarikat terlibat yang memberi maklum balas berhubung larangan tersebut.

Larangan itu dibuat ketika kerajaan China berusaha membanteras ketagihan permainan video dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai kesan negatif dalam kehidupan mereka.

Bulan lalu, kerajaan China melarang individu di bawah usia 18 tahun untuk bermain permainan dalam talian selama lebih tiga jam seminggu.

Kerajaan hanya membenarkan mereka bermain antara pukul 8 hingga 9 malam pada hujung minggu.

Syarikat permainan dalam talian diperintah untuk menguatkuasakan larangan tersebut selepas media melaporkan permainan itu ibarat ketagihan candu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN