fbpx

Buat aksi telan ular, petani maut selepas lidahnya digigit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seorang petani yang terkenal sebagai ‘penelan ular’ maut akibat seekor ular berbisa menggigit lidahnya sehingga menyebabkan kematian.

Lapor Daily Mail, lelaki berusia 55 tahun itu memasukkan ular berbisa ke dalam mulutnya untuk melakukan helah kepada rakan sekerja di ladang di wilayah Astrakhan, Rusia.

Beberapa laporan memaklumkan, lelaki itu sudah dua kali memasukkan ular tedung ke dalam mulutnya, namun, ketika percubaan ketiga, ular itu tiba-tiba menggigit lidahnya.

Meskipun ular itu beracun, gigitan haiwan reptilia itu kebiasaannya tidak menyebabkan manusia maut.

Namun, beberapa jam selepas petani itu dirawat di hospital, lidah dan tekaknya membengkak akibat reaksi alergi.

Petani itu disahkan menderita anafilaksis sehingga menyebabkan lidahnya tidak boleh memasuki mulutnya semula.

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI