Banjir di Thailand belum surut, 16 wilayah digenangi air - Utusan Malaysia

Banjir di Thailand belum surut, 16 wilayah digenangi air

KANAK-KANAK bermain air banjir di hadapan masjid selepas hujan lebat melanda daerah Ra-ngea di wilayah selatan Thailand, Narathiwat. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Hujan lebat sehingga menyebabkan banjir di 30 wilayah mengorbankan tujuh penduduk serta menyebabkan lebih 70,000 keluarga berdepan risiko dipindahkan. 

Lapor Bangkok Post, seramai enam mangsa maut di Lop Bari dan seorang di Phetchabon, manakala, seorang individu masih hilang. 

Sehingga kini, 16 wilayah masih digenangi air banjir yang berlaku sejak 23 September lalu. 

Jabatan Pengairan Diraja (RID) melahirkan kebimbangan mengenai peningkatan air banjir yang boleh menyebabkan malapetaka lebih besar seperti krisis banjir 2011 yang menyebabkan banyak kawasan industri dan sebahagian Bangkok digenangi air selama berbulan-bulan. 

Ketua Pengarah RID, Prapit Chanma berkata, situasi semasa dapat dibandingkan dengan banjir besar sedekad lalu, ketika negara dilanda ribut tropika berturut-turut. 

Jelasnya, waktu itu, situasi bertambah buruk di empat empangan utama, Bhumibol, Sirikit, Pasak Jolasid dan Kwae Noi Bamrung Daen yang tidak dapat menadah air akibat ribut. 

Bagaimanapun, katanya, empat empangan utama mempunyai ruang mencukupi bagi menyimpan sekurang-kurangnya 12 bilion meter padu air.  

Timbalan Pengarah RID, Thaweesak Thana-dachopil berkata, pihaknya berusaha mengalihkan air banjir berlebihan ke Sungai Chao Phraya. 

Ketua Institut Hidro-Informatics Royol Chitradon berkata, gambar satelit Badan Pembangunan Teknologi Geo-Maklumat dan Angkasa (GISTCA) menunjukkan kemungkinan terdapat banyak limpahan air di beberapa wilayah. 

Katanya, belum berlaku kejadian melibatkan sejumlah besar air mengalir ke wilayah berdekatan.

Jelasnya, gambar satelit menunjukkan banjir di kawasan pinggir sungai dan jumlah air yang terkumpul tidak begitu banyak.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN