Asal usul Covid-19: WHO bentuk pasukan penyiasat baharu - Utusan Malaysia

Asal usul Covid-19: WHO bentuk pasukan penyiasat baharu

Gambar hiasan – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan memulakan siasatan baharu berhubung asal usul Covid-19 dan menyiasat sama ada virus itu tercetus dari sebuah makmal di Wuhan.

Lapor Wall Street Journal, pasukan penyiasat merangkumi pakar dari keselamatan bio, ke­selamatan makmal dan genetik yang akan menyiasat bagaimana virus menular ke manusia.

Pasukan 20 pakar sains itu turut melibatkan pakar penyakit bawaan haiwan.

Mereka akan mengkaji sama ada koronavirus bocor dari makmal di Wuhan pada akhir tahun 2019.

Sebelum ini, kerajaan China dengan tegas menafikan dakwaan kebocoran makmal Wuhan dan menggesa WHO menyi­asat kemungkinan jika virus itu berasal dari negara lain.

Keputusan itu dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengarahkan agensi perisikan untuk menyiasat teori kebocoran makmal.

Jurucakap WHO memberitahu, keperluan utama bagi pasukan pakar itu adalah data dan akses di negara yang mana kes pertama dikenal pasti.

Siasatan dijalankan oleh pasukan pakar sebelum ini mengesyorkan China agar mengkaji kes-kes awal yang disyaki koronavirus.

Malah, pasukan itu menerusi laporan terakhir mendakwa data yang diberikan oleh China tidak mencukupi.

Setakat ini, Covid-19 menyebabkan 4.7 juta kematian di seluruh dunia.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Menteri Luar China, Ma Zhaoxu berkata, AS sepatutnya menghentikan usaha meracun kerjasama antarabangsa dalam menyiasat asal usul Covid-19.

Menurut beliau, AS harus kembali ke ‘jalan yang benar’ untuk mencari asal usul Covid-19 secara ilmiah dan kerjasama dalam memerangi wabak global itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN