Anak Muammar Gaddafi dibebaskan dari penjara - Utusan Malaysia

Anak Muammar Gaddafi dibebaskan dari penjara

SAADI GADDAFI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRIPOLI: Saadi Gaddafi, anak kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang diguling dan dibunuh pada 2011, dibebaskan dari penjara.

Perkara itu disahkan sumber Kementerian Kehakiman kepada AFP.

“Saadi Gaddafi telah dibebaskan dari penjara,” jelas sumber sejajar dengan keputusan mahkamah beberapa tahun lalu.

Sumber itu tidak dapat mengesahkan sama ada Saadi masih berada di dalam negara atau sebaliknya.

Bagaimanapun beberapa laporan media menyebut Saadi telah menaiki pesawat ke Turki.

Saadi yang juga bekas pemain bola sepak profesional, dihukum penjara di Tripoli atas pertuduhan jenayah terhadap penunjuk perasaan pada 2011 dan membunuh jurulatih bola sepak Libya, Bashir al-Rayani, pada 2005

Pada April 2018, Mahkamah Rayuan membebaskannya daripada pertuduhan membunuh al-Rayani. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya