BEIRUT: Lubnan mengakhiri penantian 13 bulan untuk pembentukan kerajaan baharu dengan pengumuman barisan Kabinet yang akan memulakan tugas mengharungi cabaran getir semasa negara.
Ini khususnya dalam menyelamatkan negara yang dibelenggu krisis ekonomi.
Bilionair, Najib Mikati yang sekali lagi diangkat sebagai Perdana Menteri berjanji untuk tidak mengetepikan sebarang usaha dalam menyelamatkan negara daripada muflis.
“Kita akan menggunakan setiap masa untuk memastikan keperluan asas rakyat terbela,” katanya sambil menambah barisan Kabinet akan menjalin hubungan lebih baik dengan negara-negara Arab bagi mendapatkan bantuan membangunkan semula Lubnan.
Najib bersetuju untuk membentuk 24 anggota Kabinet selepas mengadakan pertemuan bersama Presiden di Istana Presiden. – AFP










