JAKARTA: Indonesia menyaksikan penurunan kes baharu jangkitan Covid-19 kepada 3,779 kes.
Penambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan sejak pandemik itu dikesan pada Mac 2020 mencecah 4,167,511 kes.
CNN Indonesia melaporkan, Pasukan Petigas Covid-19 turut mencatatkan sejumlah 118 kematian akibat Covid-19.
Sebanyak 9,401 kes sembuh pula direkodkan.










