30 ditahan berbaju ketat, seluar pendek - Utusan Malaysia

30 ditahan berbaju ketat, seluar pendek

Pegawai polis Wilayatul Hisbah melakukan siasatan terhadap mereka yang ditahan kerana berada di luar rumah dengan mengenakan pakaian tidak mengikut syariat Islam di Aceh Barat. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDA ACEH: Pegawai polis syariah, Wilayatul Hisbah menahan lebih 30 orang kerana memakai pakaian ketat dan tidak menepati undang-undang agama.

Antara melaporkan, operasi dilakukan di depan pejabat Ketua Daerah Aceh Barat di Meulaboh.

“Lebih 30 orang yang ditangkap, semuanya memakai pakaian­ ketat, sementara yang lelaki pula memakai seluar pendek,” kata Ketua Jabatan Polis Wilayatul Hisbah Aceh Barat, Dodi Bima Saputra di Meulaboh semalam.

Menurut beliau, operasi dilakukan sebagai usaha meningkatkan syiar Islam serta mene­gakkan penerapan hukum agama di Aceh.

Jelasnya, ini bertepatan de­ngan Qanun (Peraturan Daerah) Nombor 6 Tahun 2014 mengenai Hukum Jinayat termasuk Undang-Undang Penerapan Syariat Islam di Aceh.

Beliau berkata, kebanyakan mereka yang ditahan dalam operasi itu merupakan penduduk di luar Aceh Barat.

“Mereka yang ditahan akan dibimbing petugas Wilayatul Hisbah dan diberi nasihat agar di masa depan tidak akan mengulangi perbuatan yang sama lagi.

“Buat masa ini, mereka yang ditahan akan diberikan panduan, mereka tidak akan dikenakan sebatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya