3 kucing 'dihukum' bunuh selepas positif Covid-19 - Utusan Malaysia

3 kucing ‘dihukum’ bunuh selepas positif Covid-19

KUCING yang dijangkiti Covid-19 terpaksa dibunuh bagi mengelak menjangkiti orang lain. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebuah kota di utara China dilaporkan membunuh tiga kucing peliharaan kerana disahkan positif Covid-19.

Pemerintah Harbin berkata, mereka terpaksa mengambil langkah tersebut bagi menangani kes jangkitan baharu dalam komuniti.

Lapor Beijing News, kerajaan tempatan memberikan alasan pembunuhan itu disebabkan tempat rawatan haiwan yang dijangkiti virus sudah tidak mampu menampung kehadiran haiwan itu.

Selain itu, tiga kucing tersebut dikhuatiri bakal membahayakan nyawa pemilik mahupun orang ramai.

Kejadian bermula ketika pemilik haiwan itu dijangkiti Covid-19, 21 September lalu.

Dia menjalani kuarantin kendiri selepas meninggalkan air dan makanan untuk haiwan peliharaannya itu.

Sukarelawan tempatan kemudian menjalankan ujian terhadap haiwan itu dan mendapati kesemuanya positif Covid-19.

Pemilik haiwan itu, Nona Liu sempat menghantar permohonan secara dalam talian, namun binatang peliharaannya dibunuh Selasa lalu.

Menurut Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Amerika Syarikat, risiko haiwan peliharaan menyebarkan wabak kepada pemiliknya adalah sangat rendah.

Pembunuhan kucing itu merupakan contoh bagaimana China menangani wabak itu dengan tegas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya