216 juta penduduk ‘pelarian’ iklim dunia - Utusan Malaysia

216 juta penduduk ‘pelarian’ iklim dunia

SEORANG kanak-kanak berjalan atas ladang pertanian yang kering di daerah Saadiya, utara Diyala di timur Iraq pada 24 Jun lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Data dikeluarkan Bank Dunia menunjukkan pengurangan hasil pertanian, masalah bekalan air, ancaman kenaikan paras air laut dan beberapa kesan perubahan iklim lain menyebabkan sehingga 216 juta orang terpaksa ‘mencari kehidupan baharu’ dengan berpindah pada 2050.

Anggaran data itu mengemas kini laporan 2018 dengan angka baharu dari Eropah Timur, Asia Barat, Afrika Utara, Asia Timur dan Pasifik.

Ia bertujuan menyediakan gambaran keseluruhan yang lebih lengkap mengenai potensi angka akibat peningkatan suhu global.

“Perubahan iklim mencetuskan migrasi yang semakin tinggi.

“Masalah bekalan air dan makanan yang seiring dengan kenaikan paras air laut menekankan keperluan tindakan segera kerana kehidupan dan kesejahteraan manusia berada di bawah tekanan yang semakin meningkat,” jelas laporan itu.

Naib Presiden Bank Dunia bagi Pembangunan Lestari, Juergen Voegele berkata, data itu memberikan ‘anggaran global’ mengenai skala potensi migrasi.

“Tanpa tindakan tegas, mungkin ada ‘titik panas’ migrasi iklim yang akan muncul secara pantas dalam dekad berikutnya dan meningkat pada 2050.

“Situasi itu berlaku kerana penduduk meninggalkan tempat yang tidak dapat lagi mengekalkan mereka dan berhij­rah ke kawasan yang menawarkan peluang,” katanya.

Pada 2018, pasukan penyelidik bank mengeluarkan laporan mengenai kesan perubahan iklim terhadap migrasi di Asia Selatan, Amerika Latin dan Afrika Sub-Sahara.

Laporan itu menganggarkan seramai 143 juta orang di kawasan berkenaan bakal berpindah menjelang 2050.

Anggaran dikemas kini itu mewakili kira-kira tiga peratus daripada penduduk yang diunjurkan dari kawasan dilindungi.

Jelas Voegele, unjuran ber­kenaan bukan tetap.

“Jadi, jika negara mula mengurangkan gas rumah hijau, menutup jurang pembangunan, memulihkan ekosistem penting dan membantu orang menyesuaikan diri, maka migrasi dalaman dapat dikurangkan hingga 80 peratus iaitu 44 juta penduduk menje­lang 2050,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.