2 pemilik spa didakwa gagal pastikan pekerja tidak beri khidmat seks - Utusan Malaysia

2 pemilik spa didakwa gagal pastikan pekerja tidak beri khidmat seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Dua pemilik perniagaan khidmat spa dan urut didakwa di secara berasingan di mahkamah hari ini atas kegagalan memastikan pekerja-pekerjanya tidak memberi khidmat seks kepada pelanggan.

Berita Mediacorp melaporkan, Jimmy Chew Choon Kwok, 37, dikenakan dua tuduhan di bawah Peraturan Perniagaan Mengurut atas tindakan tiga pekerja wanitanya di W Wellness Spa di 100 Turf Club Road pada April dan Ogos tahun ini.

Menurut kertas-kertas pertuduan terhadap Jimmy Chew, seorang tukang urut menawarkan khidmat seks dengan bayaran tambahan S$50 kepada seorang pelanggan lelaki pada pukul 5.48 petang, 20 April llau.

Pada pukul 3.25 petang, 10 Ogos pula, seorang lagi tukang urut melakukan perkara sama.

Seorang lagi tukang urut juga memberi beberapa khidmat seks kepada seorang pelanggan lain pada hari yang sama.

Dalam kes berasingan, Koh Chi Yuan, 48, dijatuhi satu tuduhan gagal memastikan pekerjanya tidak memberi khidmat seks di Palace Spa di River Valley Road pada Ogos lalu.

Pekerja Chi Yuan didakwa beberapa kali memberi khidmat seks pada 3 Ogos.

Bagi setiap tuduhan gagal memastikan pekerja mereka tidak memberi khidmat seks di rumah urut, kedua-dua tertuduh boleh didenda sehingga S$5,000 bagi kesalahan pertama.

Sekiranya mereka merupakan pesalah berulang, setiap seorang daripada mereka boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN