JAKARTA: Jangkitan positif Covid-19 di Indonesia menurun kepada 1,932 kes.
CNN Indonesia melaporkan, jumlah kes itu paling rendah direkodkan setakat ini selepas negara ini pernah dikatakan sebagai ‘pusat penularan’ Covid-19 tertinggi di Asia, sebelum ini.
Sebanyak 6,799 kes sembuh manakala 166 kes kematian dicatatkan.










