15 maut diserang pemberontak di Cameroon - Utusan Malaysia

15 maut diserang pemberontak di Cameroon

TENTERA melakukan rondaan di wilayah barat Cameroon. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAOUNDE: Kira-kira 15 tentera dan beberapa orang awam terbunuh dalam dua serangan di wilayah barat di Cameroon yang dilanda konflik akibat kempen pemisah.

Kementerian Pertahanan menerusi satu kenyataan mengesahkan kejadian itu.

Menurut kementerian, sekumpulan individu bersenjata menyerang konvoi pasukan elit di Bamessing di Wilayah Barat pada 16 September lalu.

“Dengan menggunakan IED (alat letupan) dan pelancar roket anti-kereta kebal, kumpulan pemberontak melumpuhkan kenderaan dalam konvoi sebelum melepaskan tembakan,” jelas kenyataan itu.

Dilaporkan, satu lagi IED terkena konvoi kenderaan tentera di Kumbo di wilayah yang sama pada 12 September lalu.

Barat Cameroon yang dilanda konflik selama empat tahun, dicetuskan oleh militan yang menuntut kemerdekaan bagi dua wilayah utama yang mana penduduknya bertutur dalam bahas Inggeris di negara dengan majoriti berbahasa Perancis. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN