Yanjin bandar paling sempit di dunia - Utusan Malaysia

Yanjin bandar paling sempit di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANJIN: Dibina di sepanjang Sungai Nanxi antara pergunungan curam di wilayah Yunnan, bandar Yanjin dinobatkan sebagai bandar paling sempit di dunia.

Jika melihat bandar Yanjin dari udara, sukar untuk membayangkan penempatan itu sebenarnya wujud dalam kehidupan sebenar.

Walaupun mempunyai kawasan yang terhad, bandar ini dihuni kira-kira 450,000 penduduk dengan titik paling sempit di bandar Yanjin adalah seluas 30 meter.

Ruang paling luas di bandar ini pula diukur kira-kira 300 meter.

Bandar Yanjin mempunyai satu jalan utama di setiap sisi dan walaupun terdapat deretan bangunan serta rumah di sepanjang sungai, bandar ini tidak mempunyai banyak jambatan.

Selain itu, kebanyakan kediaman penduduk terletak di bahagian kanan tebing sungai dan struktur pembinaannya disokong dengan tiang tinggi bagi mengelakkan banjir sekiranya paras sungai meningkat.

Bandar ini sudah dihuni sejak ratusan tahun lalu, malah penduduknya juga enggan berhijrah ke bandar besar.

Namun, ekonomi di bandar ini tidak ‘semewah’ di bandar utama yang lain kerana kedudukannya yang sukar diakses oleh para pelabur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.