Wanita ‘where’s your badge?’ gagal permohonan dibebaskan dengan ikat jamin - Utusan Malaysia

Wanita ‘where’s your badge?’ gagal permohonan dibebaskan dengan ikat jamin

GAMBAR yang tular di media sosial menunjukkan Phoon Chiu Yoke enggan memakai pelitup muka biarpun diminta berkali-kali oleh penjaga penjarakan fizikal di Singapura. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang wanita yang ditahan reman bulan lalu setelah dituduh mengulangi kesalahan tidak memakai pelitup, membuat permohonan di mahkamah hari ini untuk dibebaskan dengan ikat jamin.

Berita Mediacorp melaporkan, Phoon Chiu Yoke, 54, bagaimanapun gagal dalam permohonannya, dengan hakim menarik perhatian bagaimana dia ‘gagal mematuhi’ syarat dan tidak memakai pelitup di luar mahkamah sebelum ini.

Chiu Yoke dijadual mengaku bersalah minggu depan dan menjelaskan menerima tawaran pihak pendakwa untuk mengaku bersalah atas dakwaan yang dikurangkan semasa sidang praperbicaraan (PTC) beberapa hari lalu.

Bagaimanapun pihak pendakwa menekankan jumlah dakwaan tidak dikurangkan, namun sebilangan daripadanya akan diambil pertimbangan dalam tawaran rayuan mengaku bersalah.

Chiu Yoke berdepan 22 dakwaan, kebanyakannya kerana gagal memakai pelitup selama tempoh setahun sejak pertengahan 2020. Dia masih tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Ikat jaminnya sebanyak S$12,000 ditarik balik oleh hakim pada 24 Julai lalu, setelah dia dituduh mengulangi kesalahan dengan tidak memakai pelitup di Hotel Mandarin Orchard pada 25 Jun.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu sementara diikat jamin atas beberapa kesalahan serupa, dengan syarat khusus agar dia tidak mengulanginya lagi.

Jika sabit kesalahan atas setiap dakwaan melanggar perintah kawalan Covid-19, Chiu Yoke boleh dipenjara hingga enam bulan, didenda hingga S$10,000 atau kedua-duanya.

Jika dia dianggap sebagai pesalah berulang, hukuman penjara dan denda yang dikenakan ke atasnya boleh digandakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya