Wanita ditahan `sorok' dadah pada pakaian dalam - Utusan Malaysia

Wanita ditahan `sorok’ dadah pada pakaian dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Seorang wanita ditahan polis selepas didapati menyeludup masuk sejumlah dadah ke sebuah hotel di Brazil.

Lapor The Sun, Lorraine Cutier Bauer Romeiro, 19, menyembunyikan dadah tersebut pada coli dan seluar dalam yang dipakainya.

Romeiro ditahan polis kerana menyeludup masuk dadah ke sebuah kawasan yang dikenali sebagai Cracoloandia.

Polis percaya Cracoloandia merupakan salah sebuah kawasan aktiviti bagi pengedar dadah dari Sao Paulo.

Wanita berusia 19 tahun itu ditahan selepas polis mengesyaki dia menyorok sesuatu pada pakaian dalam yang dipakainya.

Dilaporkan, Romeiro ditahan bersama teman lelakinya, Andre Japones.

Menurut polis, pihaknya menemukan 15 bungkusan dadah yang disembunyikan pada coli wanita tersebut.

“Sebanyak enam bungkusan dadah jenis kokain juga disembunyikan pada seluar dalam wanita itu.

“Romeiro mengaku menjadi pengedar dadah di sebuah hotel yang dikenali Hotel Avare,” katanya.

Sementara itu, polis berkata, pihaknya menemukan sebuah beg galas yang mengandungi 85 bungkusan ganja, 295 paket dan 16 pil ekstasi di hotel tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya