Wanita dipenjara sepak kemaluan amah - Utusan Malaysia

Wanita dipenjara sepak kemaluan amah

ROSDIANA ABDUL RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 33 tahun dihukum penjara selama 15 bulan dan dua minggu atas kesalahan menendang bahagian kemaluan pembantu rumahnya.

Selain itu, tertuduh, Rosdiana Abdul Rahim bukan sahaja mendera fizikal mangsa, bahkan, mendera emosinya dengan memangggil wanita itu sebagai ‘berbau’.

Mahkamah turut memerintahkan Rosdiana membayar 2,500 dolar Singapura (RM7,798) kepada mangsa sebagai pampasan, lapor Channel News Asia.

Tertuduh sebelum itu berdepan enam pertuduhan termasuk menghina maruah, menggunakan kekerasan serta menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Mangsa, 21, datang ke Singapura dari Indonesia untuk bekerja buat kali pertama pada September 2017.

Selama tiga bulan mangsa tidak diberikan sebarang cuti atau bayaran selepas melakukan pekerjaan itu.

Wanita itu diarahkan membuat segala kerja rumah termasuk menjaga anak kembar majikannya dan kanak-kanak yang berada di rumah ibu tertuduh.

Dia hanya diberikan tempat tidur di bawah almari dalam sebuah bilik tanpa selimut atau bantal.

Tertuduh pernah mendera mangsa dengan mencubit payu daranya di hadapan suaminya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN