Virus Covid-19 dikesan pada bungkusan durian - Utusan Malaysia

Virus Covid-19 dikesan pada bungkusan durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEJING: Sebuah pasar raya di Ganzhou mendapati terdapat jangkitan Covid-19 pada permukaan bungkusan durian yang diimport dari Thailand.

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pertanian di bawah Kedutaan Thailand di Beijing (OAA).

Menurut OAA, pihaknya menemukan virus itu di Pasar Haundongcheng minggu lalu selepas individu yang menguruskan bungkusan durian itu disahkan negatif Covid-19 dan masih berada dalam kuarantin.

Katanya, bungkusan buah itu disimpan dalam tempat yang selamat dan buah lain dalam kawasan jangkitan di pasar itu sudah disanitasi.

Pihak OAA sudah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kastam China dan menjelaskan pihaknya tidak akan memberhentikan import produk daripada pembekal Thailand kerana kes itu dikesan di kawasan tempatan dan bukannya di tempat pemeriksaan. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN