Tentera Zionis lepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan Palestin, 24 cedera - Utusan Malaysia

Tentera Zionis lepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan Palestin, 24 cedera

SEORANG lelaki mengangkat remaja yang cedera dalam serangan tentera rejim Zionis ketika demonstrasi di Gaza City. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Tentera rejim Zionis bertindak melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan terdiri daripada penduduk Palestin di sempadan Gaza dengan 24 dilaporkan cedera, termasuk seorang remaja berusia 13 tahun dikatakan kritikal.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan, daripada 24 yang cedera itu, 10 adalah kanak-kanak.

Tentera Israel memberitahu, ratusan penduduk Palestin berhimpun di sepanjang pagar sempadan.

Hamas sebelum ini mengajak penduduk Palestin melakukan tunjuk perasaan memperingati peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa, 52 tahun lalu.

Protes terbaharu itu berlaku kira-kira tiga bulan selepas Israel dan Hamas mencapai gencatan senjata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN