Tentera Indonesia henti ujian dara untuk rekrut wanita - Utusan Malaysia

Tentera Indonesia henti ujian dara untuk rekrut wanita

INDONESIA menghentikan ujian dara bagi wanita yang mahu menyertai tentera. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Beberapa pertubuhan hak asasi manusia menyambut baik keputusan Indonesia menghentikan ujian dara bagi wanita yang mahu menyertai tentera.

Lapor The Guardian, prosedur yang dikenali sebagai ‘ujian dua jari’ itu dilakukan terhadap golongan tersebut bagi memastikan selaput dara masih utuh.

Pemeriksaan itu diwajibkan kepada wanita yang mahu menyertai tentera dan juga berkahwin dengan pegawai tentera.

Ketua Staf Tentera Indonesia, Jeneral Andika Perkasa menerusi telesidang mengesahkan amalan selama puluhan tahun itu kini sudah berakhir dan memaklumkan wanita akan direkrut berdasarkan prosedur sama seperti dilakukan untuk golongan lelaki.

Menurut Andika, para wanita akan dipilih berdasarkan kemampuan mereka mengikuti proses pendidikan tentera.

“Selepas ini, tidak akan ada pemeriksaan (perubatan) di luar tujuan tersebut. Ada yang tidak relevan dan kita tidak boleh melakukan pemeriksaan seperti itu lagi.

“Kita harus menggunakan cara sama ketika merekrut wanita,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pertubuhan hak asasi mengecam amalan tersebut dengan menyifatkannya sebagai kejam dan mencabul perbezaan jantina. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya