Sweden perkenal susu diperbuat daripada ubi kentang - Utusan Malaysia

Sweden perkenal susu diperbuat daripada ubi kentang

SUSU ubi kentang disifatkan alternatif paling sempurna untuk penggemar susu bebas laktosa. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Sebuah syarikat produk tenusu di Sweden buat pertama kali menghasilkan susu yang diperbuat daripada ubi kentang.

Susu ubi kentang yang dihasilkan di bawah jenama Dug itu disifatkan sebagai ‘alternatif sempurna’ untuk penggemar susu yang bebas laktosa, gluten dan kekacang.

Susu tersebut juga mempunyai kadar gula dan lemak tepu yang rendah, selain tinggi dengan kalsium, vitamin D, B12 dan asid folik.

Namun, harga susu tersebut sedikit mahal berbanding susu lain iaitu untuk sekotak enam liter berharga 12.50 pound (RM72).

Menurut syarikat Simple Happy Kitchen yang menghasilkan jenama Dug, sebanyak enam peratus bahan untuk membuat susu tersebut adalah dari ubi kentang.

“Kentang tidak seperti badam atau oat yang memerlukan lebih banyak air serta kawasan tanah, sekali gus menjadikannya mudah ditanam.

“Susu ubi kentang juga bebas laktosa yang boleh menimbulkan alahan,” jelas syarikat itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya