Sijil perkahwinan berusia 146 tahun dipulangkan semula - Utusan Malaysia

Sijil perkahwinan berusia 146 tahun dipulangkan semula

KEDAI Hope Chest di Bolivia berjaya mengesan lokasi cucu kepada pasangan sijil perkahwinan itu. - FACEBOOK HOPE HARBOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah kedai menjual barangan terpakai di North Carolina, Amerika Syarikat (AS) memulangkan semula sijil perkahwinan berusia 146 tahun yang ditemukan di premisnya.

Lapor UPI, Hope Chest di Bolivia berjaya mengesan lokasi cucu kepada pasangan sijil perkahwinan tersebut.

Menurut premis itu, pihaknya menemukan sijil perkahwinan tersebut di dalam sebuah bingkai lukisan yang dijual kepada kedai berkenaan.

Seorang pekerja di Hope Chest, Pam Phelps berkata, dia menjumpai sijil perkahwinan itu ketika sedang membersihkan sebuah lukisan antik tahun 1889 yang memaparkan kanak-kanak kecil bersama anjing kesayangannya.

“Saya menemukan sehelai kertas tersembunyi di bahagian belakang bingkai lukisan itu.

“Kertas itu merupakan sijil perkahwinan pada tahun 1865 milik pasangan William dan Katey,” katanya.

Jelas Phelps, penemuan itu juga mencetuskan pencarian ahli keluarga pasangan tersebut yang masih hidup.

Sementara itu, Irene Cornish berkata, individu yang menonton berita WWAY-TV berhubung penemuan itu telah menghantar mesej kepadanya di platform Ancestry.com.

“Mereka mengesyaki pasangan yang dicari mungkin merupakan datuk dan nenek saya iaitu William dan Katherine DeWorth.

“Saya sebenarnya berada di platform itu untuk mencari maklumat mengenai ahli keluarga lain namun saya menerima mesej ini,” katanya.

Jelas Cornish, dia tidak mengetahui bagaimana sijil perkahwinan itu boleh berada di kedai barangan terpakai di North Carolina.

“Saya hanya tahu bahawa kebanyakan barangan keluarga telah disumbangkan,” katanya.

Menurut Cornish, dia bercadang untuk membingkaikan sijil perkahwinan itu dan mungkin mempamerkannya di muzium. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya