Serangan roket di lapangan terbang Kandahar - Utusan Malaysia

Serangan roket di lapangan terbang Kandahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANDAHAR: Sekurang-kurangnya tiga roket dilancarkan ke lapangan terbang Kandahar di selatan Afghanistan ketika Taliban terus melakukan serangan di seluruh negara.

“Semalam, tiga roket dilancarkan ke arah lapangan terbang dan dua daripadanya terkena landasan.

“Oleh itu, semua penerbangan di lapangan terbang itu dibatalkan,” kata ketua lapangan terbang Massoud Pashtun kepada AFP.

Menurut Massoud, kerja-kerja membaiki landasan sedang dilaksanakan dan lapangan terbang dijangka beroperasi semula pada Ahad.

Seorang pegawai dari pihak berkuasa penerbangan awam di Kabul mengesahkan serangan roket itu.

Taliban melancarkan serangan di pinggir kandahar sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa pemberontak semakin hampir menawan ibu negara wilayah tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN