Selepas Long March 5B terhempas, China lancar roket baharu - Utusan Malaysia

Selepas Long March 5B terhempas, China lancar roket baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIYUAN: China berjaya melancarkan satelit Tianhui II-02 pada pukul 6.32 pagi tadi dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan di wilayah Shanxi, utara negara itu.

Satelit itu membawa roket Long March 4B dan berjaya memasuki garisan orbit.

Pelancaran itu merupakan misi ke-384 roket Long march.

Mei lalu, dunia dikejutkan dengan serpihan besar milik roket Long March 5B yang memasuki atmosfera bumi dan hancur berkecai di Lautan Hindi.

Roket seberat 18 tan itu dilancarkan pada 29 April lalu untuk menghantar modul teras ke stesen angkasa China yang dinamakan Tianhe dengan berat 22,600 kilogram ke orbit pengoperasian.

Sisa roket itu menurun dengan jarak 198 kilometer dari paras laut di kawasan antara latitud 41.5 darjah Utara dan 41.5 darjah Selatan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN