Rakyat Filipina mahu Vlogger Israel diisytihar persona non grata - Utusan Malaysia

Rakyat Filipina mahu Vlogger Israel diisytihar persona non grata

NAS DAILY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Rakyat Filipina melancarkan petisyen untuk mengisytiharkan Vlogger Israel dan pencipta kandungan media sosial, Nas Daily (Nuseir Yasin) sebagai persona non grata di negara itu.

Aktivis seluruh dunia dan penduduk negara ini melancarkan boikot ke atas lelaki itu selepas dia mengumumkan pelukis tatu tradisional dunia, Whang Od akan berkongsikan segala ritual, alat dan kaedah untuk membuat tatu.

Pengumuman itu jelas merupakan satu bentuk penipuan.

“Mengeksploitasi budaya dan seni orang Asli Filipina bagi mendapatkan wang jelas melanggar Undang-Undang IPRA iaitu Undang-Undang Hak Asasi Orang Asal 1997 yang mengiktiraf dan mempromosikan hak-hak masyarakat, budaya serta adat di Filipina,” kata petisyen itu.

Petisyen itu sudah ditandangani seramai 5,000 orang.

Persona Non Grata merujuk kepada individu yang tidak dapat diterima oleh sesebuah negara buat selama-lamanya setelah didapati melakukan kesalahan (jenayah) yang tidak dapat dimaafkan (berat) semasa dia berada di sesebuah negara.

Dalam masa sama, pengasas The Cocao Project, Louise Mabulo berkata, Nas Daily turut membuat komen mendiskriminasi terhadap rakyat Filipina dan golongan petani.

Lelaki itu turut digelar oleh negara Arab sebagai ‘musuh kejayaan’ kerana dia pernah membuat kenyataan palsu mengenai pengumpulan dana bagi pembinaan hospital di Baitulmuqaddis, Mei lalu. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya