SYDNEY: Sutradara filem antarabangsa memilih bandar Queensland di Australia sebagai lokasi latar belakang bagi beberapa tayangan filem dengan bajet besar.
Screen Queensland membuat pengumuman hari ini bahawa Disney+ akan menjalankan lokasi penggambaran bagi siri televisyen sains fiksyen di Village Roadshow Studios berdekatan Brisbane yang dikelilingi Gold Coast.
Penerbit Eksekutif Disney, Johanna Devereaux berkata, Nautilus yang mempuyai 10 siri dihasilkan berdasarkan novel klasik Jules Verne, ‘20,000 Leagues Under The Sea’.
“Ini adalah keistimewaan besar untuk menghidupkan kembali Nautilus dengan cara yang berani dan mempesonakan menerusi pelbagai watak dengan bakat kreatif dalam lakon layar,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Screen Queensland, Kylie Munnich berkata, drama siri itu akan menjadi sangat epik kerana melibatkan pembinaan set berskala besar dengan kesan visual yang sangat teknikal.
Dalam masa sama, sebuah lagi penerbitan drama siri akan menjalani penggambaran di lokasi sama bagi tayangan Netflix.
Irreverent yang mempunyai 10 siri berkisarkan mengenai penjenayah Amerika Syarikat yang menyamar sebagai paderi bagi mengaburi mata masyarakat.-AGENSI