Presiden Tunisia lanjutkan penggantungan Parlimen - Utusan Malaysia

Presiden Tunisia lanjutkan penggantungan Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUNIS: Presiden Tunisia, Kais Saied melanjutkan penggantungan Parlimen dan imuniti dalam kalangan ahli Parlimen sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Lapor BBC, Saied berkata, beliau akan menyampaikan perutusan khas kepada rakyat dalam masa terdekat.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan butiran lanjut mengenai perkara tersebut.

Bulan lalu, Saied mengambil alih kuasa eksekutif yang didakwa sebagai satu rampasan kuasa oleh penentang beliau.

Tunisia dilanda kemelut politik sejak langkah diambil pemimpin itu pada 25 Julai lalu di tengah krisis ekonomi dan lonjakan kes Covid-19, dengan kebimbangan komuniti antarabangsa yang semakin meningkat.

Antara langkah itu termasuk pemecatan Perdana Menteri, Hichem Mechichi.

Saied menegaskan segala langkah diambil adalah perlu untuk menyelamatkan negara daripada musnah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN