PM New Zealand ditempelak vaksinasi Covid-19 perlahan - Utusan Malaysia

PM New Zealand ditempelak vaksinasi Covid-19 perlahan

KEADAAN lengang di sebuah jalan di Wellington, New Zealand selepas perintah berkurung diadakan bagi mengekang penularan Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Jumlah jangkitan Covid-19 di New Zealand meningkat sebanyak 11 kes lagi semalam, menjadikan angka keseluruhan setakat ini sebanyak 21 kes.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menegaskan virus maut itu tidak menular lama dalam kalangan komuniti selepas pihak berkuasa kesihatan negara ini mengaitkannya dengan kemasukan seorang pengembara dari Sydney pada 7 Ogos lalu.

“Ini merupakan perkembangan yang signifikan. Kini kita sudah tahu bagaimana dan bila virus itu masuk ke New Zealand.

“Kita juga sudah pastikan tempoh penularan dalam kalangan komuniti adalah pendek dan semua usaha digerakkan untuk memulihkan semula negara kita,” katanya.

Kes jangkitan yang dikesan di Auckland itu secara tidak langsung menunjukkan New Zealand berdepan kesukaran untuk memastikan semua populasinya sudah divaksin.

Hanya 23 peratus daripada lima juta populasinya sudah menerima vaksinasi lengkap, sekali gus pelbagai pihak mula pertikaikan strategi ‘sifar Covid-19’ yang dilaksanakan Ardern sebelum ini.

Pemimpin parti pembangkang, iaitu Judith Collins melabelkan program vaksinasi di negara ini sebagai ‘kegagalan’ dan kerajaan Ardern tidak mempunyai pilihan selain melaksanakan perintah berkurung. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN