Perintah berkurung di Melbourne mungkin dilanjutkan - Utusan Malaysia

Perintah berkurung di Melbourne mungkin dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Negeri Victoria hari ini merekodkan peningkatkan kes jangkitan baharu Covid-19, sekali gus boleh menyebabkan perintah berkurung di Melbourne dilanjutkan.

Pihak berkuasa Victoria melaporkan, terdapat 20 kes jangkitan baharu direkodkan iaitu meningkat dari 11 kes semalam.

Sebanyak 15 daripada kes jangkitan baharu itu dilaporkan berlaku dalam komuniti awam.

Sehubungan itu, pihak berkuasa menegaskan jumlah penduduk yang berjangkit dalam komuniti awal perlu dikurangkan kepada sifar sebelum perintah berkurung di Sydney dan Melbourne dihentikan.

Perintah berkurung di Melbourne dijadualkan berakhir Khamis ini, manakala Sydney pula dilanjutkan sehingga hujung Ogos.

Negeri New South Wales pula melanjutkan perintah duduk di rumah ke dua lagi kawasan berhampiran Queensland iaitu Byron Bay dan Tamworth.

Kes jangkitan baharu Covid-19 di Sydney turut mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 356 kes.

Australia ketika ini merekodkan sebanyak 36,600 kes jangkitan dengan 939 kematian. – REUTERS

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN