TOKYO: Pengasas permainan teka-teki menguji minda, Sudoku, Maki Kaji, 69, meninggal dunia akibat kanser hempedu.
Berita kematian itu disampaikan oleh syarikatnya bekerja, Nikoli.
Mendiang merupakan bekas pelajar universiti yang tercicir pernah bekerja di syarikat pencetakan sebelum menghasilkan majalah teka teki nombor pertama di Jepun.
Kaji kemudian menamakan majalah itu sebagai Sudoku.
Kaji dikenali dengan jolokan ‘Dewa Sudoku’ meletakkan jawatan sebagai ketua syarikat, Julai lalu kerana komplikasi kesihatan yang teruk dan meninggal dunia, 10 Ogos lalu.
Sudoku merupakan permainan teka teki nombor yang dimain jutaan orang setiap hari di seluruh dunia.
Sudoku menjadi popular di luar Jepun, 20 tahun lalu selepas akhbar luar negara mula mencetak permainan itu.
Dianggarkan, lebih 100 juta orang di seluruh dunia pernah mencuba permainan teka teki nombor itu dan kejohanan dunia dianjurkan sejak 2006. -REUTERS










