Pengantin perempuan meninggal dunia ketika disolek sebelum majlis nikah - Utusan Malaysia

Pengantin perempuan meninggal dunia ketika disolek sebelum majlis nikah

SITA (kanan) meninggal dunia ketika disolek menjelang majlis pernikahannya di Kupang, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUPANG: Seorang pengantin perempuan meninggal dunia akibat sakit jantung ketika disolek oleh jurusolek di Desa Pariti, Kupang, Sabtu lalu. 

Lapor Tribunnews, mangsa, Sita, 31, pada mulanya jatuh pengsan dan keluarga menyangkakan dia kepenatan. 

Jurucakap polis, Deff Wee berkata, petugas perubatan dari Pusat Kesihatan Pariti datang ke rumah mangsa dan mendapati dia sudah tidak bernyawa. 

Katanya, pihak keluarga kemudian membawa mangsa ke Hospital Naibonat bagi mengesahkan keadaan mangsa. 

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa mati akibat serangan jantung,” katanya.  

Sepatutnya, semasa kejadian sebanyak tiga acara akan diadakan dari pagi hingga petang iaitu peminangan, pernikahan dan majlis perkahwinan. 

Namun, bakal suami Sita, M Cholid terpaksa menerima suratan takdir apabila hari bahagia itu bertukar menjadi majlis pengebumian.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya