Pekerja lombong ditangkap kerana masak sup daging buaya - Utusan Malaysia

Pekerja lombong ditangkap kerana masak sup daging buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SULAWESI: Beberapa pekerja warganegara China yang bekerja di lombong Morosi, Konawe, ditangkap kerana memasak sup daging buaya.

Lapor Tribunnews, kesemua pekerja itu diberkas kerana melakukan kesalahan menangkap dan menyeksa hidupan liar yang dilindungi oleh Indonesia.

Ketua Seksyen Pemuliharaan Sulawesi Selatan, La Ode Kaida berkata, selepas haiwan itu ditangkap pekerja tersebut turut menyiat kulit buaya.

“Kita akan panggil individu yang menyiat kulit haiwan itu sama ada mereka sengaja membunuhnya atau sebaliknya,” katanya.

Menurut La Ode, selepas kulit haiwan itu disiat, daging buaya dibersihkan dan direneh dalam sup.

Katanya, sup daging buaya itu dinikmati oleh beberapa pekerja tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN