Padah buang sampah dari kereta - Utusan Malaysia

Padah buang sampah dari kereta

TINDAKAN individu berkenaan membuang sampah dirakam menerusi CCTV. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN: Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) mengeluarkan kompaun sebanyak B$300 ke atas individu yang didapati membuang sampah dari kenderaan di kawasan Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, Temburong.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JASTRe, individu berkenaan melakukan kesalahan melanggar Bab 12(1)(d) di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil, Penggal 30.

Memetik laporan Media Permata, jelas agensi itu, memandangkan semua kaunter pembayaran ditutup disebabkan keadaan situasi jangkitan Covid-19 yang berlaku pada masa ini, individu berkenaan diminta membuat pembayaran pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Jika gagal menjelaskan kompaun tersebut, individu berkenaan boleh didakwa ke mahkamah, dan jika sabit kesalahan, boleh didenda B$1,000 bagi kesalahan pertama dan kesalahan seterusnya boleh didenda B$3,000 serta penjara tidak melebihi tiga bulan.

JASTRe mengingatkan mana-mana individu, orang awam atau mana-mana syarikat untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan sifat bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya