WELLINGTON: New Zealand merekodkan kes jangkitan Covid-19 pertama dalam tempoh enam bulan hari ini.
Keadaan itu menyebabkan pihak berkuasa kesihatan negara ini bertungkus-lumus mengesan punca jangkitan.
Jabatan kesihatan memaklumkan, kes itu dikenal pasti di Auckland dan barisan menteri akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan tindakan selanjutnya berhubung kes jangkitan tersebut.
“Tindakan awal dapat mencegah kes jangkitan menular dengan lebih banyak dan semua penduduk dinasihatkan supaya kekal tenang dan terus patuhi protokol kesihatan.
“Jabatan kesihatan akan terus mengumpul maklumat mengenai sebarang kes,” jelas jabatan tersebut.
New Zealand setakat ini merekodkan hanya 26 kematian akibat Covid-19 sejak pandemik bermula. – AFP










