New Zealand cuba bawa pulang 53 rakyat terkandas di Afghanistan - Utusan Malaysia

New Zealand cuba bawa pulang 53 rakyat terkandas di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Kerajaan New Zealand sedang berusaha untuk membawa pulang 53 rakyat negara itu yang terkandas di Afghanistan.

Lapor Xinhua, kerajaan New Zealand ketika ini sedang berhubung dengan kesemua warganegara berkenaan.

Tindakan itu selepas Perdana Menteri, Jacinda Ardern mendesak kumpulan Taliban membenarkan penduduk Afghanistan meninggalkan negara itu dengan selamat.

“Kami sedang berusaha membawa mereka pulang dengan secepat mungkin,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Katanya, kerajaan New Zealand bimbang dengan keadaan di Afghanistan yang semakin buruk sejak beberapa hari lalu.

Tambah Ardern, sebuah pesawat tentera bersama beberapa anggota yang mengiringinya akan dikerahkan untuk membantu proses pemindahan tersebut.

Jelas beliau, warga Afghanistan yang berada dalam bahaya juga akan dibantu.

Menurut Ardern, New Zealand sudah mengerahkan kira-kira 3,500 anggota ke Afghanistan dengan 10 orang maut pada masa itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN